Hatiku Di Harajuku karya Ramlee Awang Murshid merupakan sebuah novel thriller yg membawa pembaca melayari pengembaraan seorang lelaki ke Tanah Jepun. Byk pengalaman samada pahit & manis telah dilalui oleh lelaki tersebut. Isi kandungan novel ini terdapat dalam bahasa Melayu & Jepun.
Hatiku Di Harajuku
Harga seunit (piece): RM 19.90
Tajuk : Hatiku Di Harajuku
Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-240-8
Mukasurat : 512 Halaman
Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.
Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.
Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?
No comments:
Post a Comment