
Ini adalah tips yang saya dapati daripada pengamatan saya sejak menjadi pembaca buku. Walaupun saya tidak kerap membaca tetapi saya cuba meluangkan masa membaca buku. Buku bukan sahaja buku subjek teras/elektif malah novel, majalah, jurnal dan suratkhabar juga tergolong dalam buku. Cuma buku lebih didedahkan kepada bahan bacaan yang telah dikumpul dan dicetak.
Antara tips untuk menceburkan diri dalam bidang membaca adalah:
Anda perlu merajinkan diri:-
1. Membelek buku dan cuba membaca 5-10 helai daripada buku itu.
2. Memasuki kedai buku dan membelek buku terlaris@ buku yg kulitnya menarik
perhatian anda.
3. Membeli sebuah buku yang betul-betul menarik perhatian anda.

4. Mengagahkan diri dari ayat-ayat tajam kawan-kawan yang merendah-rendahkan
keinginan anda untuk membaca.
5. Pergi ke perpustakaan jika tidak mahu membeli buku.
6. Setelah minat membaca anda datang, cuba buat koleksi buku anda sendiri dan buat mini perpustakaan di rumah.
SELAMAT MENCUBA!!
ini adalah 100% dari buah pemikiran saya
No comments:
Post a Comment