WELCOME!

Welcome to This is Farhana's Blog!
Hi!
I'm Farhana, a librarian who currently staying in Malacca.All entries are entirely from my observation and my understanding. Do give me your comments. I hope your comments will encourage me in blog writing. Thank you ^_^

Follow Me

Friday, July 22, 2011

IP = Harta Intelek

IP.  Apa itu IP? Apapun, ia bukan nama filem (IpMan). IP adalah ringkasan daripada Intellectual Property.
Intellectual property (IP) refers to creations of the mind: inventions, literary and artistic works, and symbols, names, images, and designs used in commerce. - Sumber
Maksud
Hasil aktiviti/rekaan/ciptaan manusia dalam pelbagai bidang seperti muzik, penulisan, sastera dan seni, rekacipta, logo, nama dsb.
 Tujuan IP
Untuk melindungi hasil karya seseorang daripada dicuri, ditiru dan diakui oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Jenis-jenis IP
 1. Copyrights - Hak Cipta  
    Penjelasan:
    Hak Eksekutif yang diberikan kepada pencipta.
    Simbol: © (c)
    Contoh: Puisi, tesis, drama, buku, filem, karya koreografi (tarian, balet, dll.), gubahan muzik, rakaman audio, lukisan, arca, gambar foto, perisian, serta siaran radio dan televisyen.


2. Trademarks : Cap dagangan
Penjelasan:
Berbentuk ringkas tetapi mencerminkan sesuatu perkara/jenama
 Simbol:
     i)  ™ (Trademark; tanda yang belum didaftarkan untuk tujuan mempromosikan barang daripada syarikat berjenama)
     ii) ℠(Service Mark; tanda yang belum didaftarkan untuk tujuan mempromosikan servis daripada syarikat berjenama)
     iii)® ; Tanda untuk bahan yang telah didaftarkan
   Contoh: nama, slogan, logo, simbol, rekaan (design), gambar, atau kombinasi antara contoh-contoh.
3. Patents : Paten
    Penjelasan:
Hak ekslusif yang diberikan kerajaan untuk sesuatu syarikat mengguna, membuat dan menjual sesuatu produk atau proses untuk tempoh 20 tahun tanpa boleh diperbaharui, bila mana dalam tempoh tersebut pihak ketiga tidak boleh mengganggu ataupun menyalahi hak paten yang diberikan.
    Simbol: Tiada
    Contoh: Rangka kereta

4. Industrial Design Rights : Hak Rekaan Industri

5. Trade Secrets - Rahsia dagangan
     Penjelasan: Rahsia yang tidak boleh disebarkan sewenang-wenangnya.
     Simbol: Tiada
     Contoh: Resepi KFC & A&W Rootbeer



Undang-undang melindungi harta intelek di Malaysia
  1. Akta Cap Dagangan 1976
  2. Akta Paten 1983
  3. Akta Hakcipta 1987
  4. Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996
Hari Harta Intelek Sedunia 


Disambut pada 26 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang apa itu harta intelek dan bagaimana ia menggalak bukan saja perkembangan muzik, kesenian dan hiburan tetapi juga inovasi produk dan teknologi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Semoga rakan-rakan blog yang lain mengetahui bahawa segala hasil nukilan tuan/puan boleh dilindungi dengan segala IP di atas. Sesungguhnya budaya menyediakan link rujukan teramatlah penting.

Sumber rujukan: What is IP? Harta Intelek, Hak Cipta, Paten, Wiki IP, Wiki: Trademark

No comments:

Post a Comment