Mai Secawan!~ |
Banyak perdebatan mengatakan minum kopi tidak baik, namun penyelidikan terkini berpendapat kopi mempunyai lebih banyak khasiat daripada kemudaratan. Di bawah ini merupakan sedikit informasi mengenai kopi yang patut anda ketahui.
- Kandungan kafein di dalam kopi mampu mengurangkan masalah pening kepala/migraine
- Membantu tingkatkan perhatian serta fokus menjalankan kerja
- Kurangkan risiko kegagalan hati sebanyak 60-80%
- Kurangkan risiko Diabetes tahap 2
- Menambahkan daya pertahanan badan untuk melawan serangan penyakit Parkinson
- Kurangkan risiko penyakit Alzheimer - penyakit mudah lupa/hilang ingatan
- Merupakan sumber terbaik antioksidan
- Menghasilkan tenaga ketika melakukan senaman
Walaupun kopi banyak khasiat dan kebaikan, namun penting untuk difahami bahawa kopi hanya digunakan sebagai zat tambahan dalam diet ringkas dan TIDAK sama sekali membantu dalam DIET TERLAMPAU.
Pesanan:
Jangan risau selepas membaca risalah ini kerana anda masih boleh menikmati minuman selain kopi seperti teh dan sebagainya.
Diterjermahkan daripada Naturalhealthlifestyles.com & diambil pada 3 Mac 2011.
Source: Benefits of Coffee
ish banyaknya habuk! haha
ReplyDeletehabuk apakah?
ReplyDelete