WELCOME!

Welcome to This is Farhana's Blog!
Hi!
I'm Farhana, a librarian who currently staying in Malacca.All entries are entirely from my observation and my understanding. Do give me your comments. I hope your comments will encourage me in blog writing. Thank you ^_^

Follow Me

Tuesday, April 19, 2011

Hidung Berdarah : Nosebleed



Tengok pada gambar di atas; apa yang anda nampak? 

Ya, gambar hidung seorang wanita mengeluarkan darah.
Apa yang anda terdetik jika situasi ini berlaku di depan mata anda? Jangan panik!

Di sini saya ingin kongsikan sedikit info bermaklumat mengenainya.
Buat pengetahuan semua, saya pernah mengalami masalah ini sewaktu saya kecil sehingga perlu menjalani pembedahan kecil. Sekarang ini masih lagi kena tetapi sangat sangat jarang. Kalau dulu, mahu 2-3 kali sehari kena!

Apa itu hidung berdarah?

Epistaxis ataupun Hidung berdarah/ nosebleed berlaku apabila salur darah kecil yang terdapat di dalam hidung pecah. 
  1. Disebabkan kedudukan saluran darah tersebut begitu hampir dengan permukaan.
  2. Kerap dialami oleh kanak-kanak dan orang dewasa juga tidak terkecuali.


Punca
  1. Tekanan cuaca yang terlalu ekstrem (panas & sejuk yang melampau)
  2. Pesakit mengalami kepenatan yang amat.
  3. Kesan hentakan atau tumpukan di bahagian hidung/ patah hidung
  4. Selsema
  5. Demam panas
  6. Alahan (Allergy)
  7. Mengorek hidung jauh ke dalam
  8. Tekanan darah tinggi
  9. Penyakit ketumbuhan <---Ini punca hidung saya berdarah
  10. Anaemia


Jenis-jenis hidung berdarah
  Ada 2 jenis hidung berdarah:-
  1. Hidung berdarah dari depan (anterior epistaxis) - Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.
  2. Hidung berdarah dari belakang (posterior epistaxis) - Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang berdiri ataupun bangun.

Cara Rawatan

i. Hentikan pendarahan
     1.   Cara Moden
  • Picit lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukan tanpa henti untuk 10 minit.
  • Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
  • Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
  • Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.
    2.    Cara Tradisional

  • Baringkan pesakit.
  • Masukkan 2 helai daun sirih ke dalam hidung. Bernafas melalui mulut.

ii. Cegah hidung berdarah semula
  • Jangan hembus hidung
  • Jika hidung masih kering dan berkerak, 

iii.  Berjumpa doktor:
  • Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
  • Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
  • Berasa hendak pitam atau pengsan.


Semoga info tersebut dapat membantu anda berhadapan dengan situasi begini.

credit: Utusan Malaysia , Wikipedia BM , Wikipedia BI & pengalaman saya sendiri!




4 comments:

  1. FARHANA : i ada sorang kawan memang hidung berdarah always.doktor say dia kene Nosebleed epitexis.than dia dah ghie jumpa doktor dah 2 kali lazer dalam itu.tapi stil berdarah.adakah anda melakukan OPERATION.selepas itu masih berdarah?

    ReplyDelete
  2. Encik Pacat: saya kena nosebleed epistaxis dahulu di mana perlu operation utk membuang polip di hidung. pembedahan itu sekadar mengurangkan shj. sehingga skrg saya masih mengalami hidung berdarah cuma ia tidak sekerap dahulu. setahun dlm 2-3 kali je kena

    ReplyDelete
  3. Punca Hidung Berdarah
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/punca-hidung-berdarah.html

    ReplyDelete