WELCOME!

Welcome to This is Farhana's Blog!
Hi!
I'm Farhana, a librarian who currently staying in Malacca.All entries are entirely from my observation and my understanding. Do give me your comments. I hope your comments will encourage me in blog writing. Thank you ^_^

Follow Me

Tuesday, May 31, 2011

Tips Jimatkan Elektrik

Hari ini saya nak berkongsi tentang jimatkan penggunaan elektrik. Maklumlah, esok tarif elektrik naik sebanyak 7%. Kalaulah dividen ASB yg naik 7%, alangkah lega beban di dada. Tetapi hakikatnya bukan! uhuk uhuk agak terbatuk juga apabila melihat angka 7% itu.

Cara-cara jimatkan elektrik 
(Mengikut pandangan saya & ada juga yang saya ambil di internet)

1. Padamkan lampu/kipas di kawasan yang tidak digunakan. 

Ajak ahli keluarga berkumpul di tempat yang sama. Kalau di meja makan, semua di meja makan. Kalau sesi menonton tv, pastikan hanya 1 tv sahaja dibuka.

2. Tutup semua peralatan elektronik. Bukan dalam keadaan mode standby

Pastikan suis peralatan seperti komputer, tv, dekoder astro, modem, kipas, penghawa dingin ditutup sepenuhnya dan cabut plug sekali. (Walaupun suis ditutup, aliran elektrik masih mengalir)
Ini juga boleh melindungi peralatan dari terkena panahan petir yang tidak diduga!

3. Guna kipas (dinding atau siling atau tangan) daripada penghawa dingin

Hanya guna penghawa dingin ketika cuaca benar-benar memerlukan penggunaannya! 
Kalau dah nama hujan lebat, takyah la buka~
Ini tidak kena-mengena dengan kipas bos (BODEK!) peace no war ^_^

4. Didik ahli rumah supaya tutup suis apabila ingin meninggalkan sesuatu tempat.

Ajaran ini diperlukan dan ia mengajar mereka akan erti jimat cermat.

5. Lampu luar dipasang bila perlu sahaja

Antara situasi bila perlu : kenduri kendara, menunggu org dtg, melakukan sesuatu di luar rumah

6. Mesin basuh - jgn overload

Makin berat pakaian, makin byk tenaga diperlukan. Basuh baju manual je...

7. Peti ais 

- Fikir sejenak akan barang yg ingin diambil.
- Buka apabila dah pasti barang yg mahu diambil sahaja. ambil barang sekaligus dan pastikan pintu ditutup rapat.
- rajin bersihkan peti ais anda
- Peti ais menggunakan tenaga elektrik berlebihan untuk mengekalkan suhu. seeloknya letak peti ais di tempat yg sejuk di rumah . (ada air-cond lagi elok!)

8. Elakkan memasukkan makanan panas/suam ke dalam peti sejuk

- alasan masih sama iaitu peti ais bekerja kuat untuk stabilkan ke suhu asal. kalau dlm peti is 9 C, tetiba masuk air panas menggelegak segelas dlm tu, kompem peti ais rosak tak lama lagi. (cuba la kalau tak percaya, peti ais rosak jangan salahkan saya)

9. Seterika baju sekali banyak.

- Elemen pemanas seterika menggunakan tenaga yg tinggi. Jadi apabila seterika sekali banyak, tenaga & masa kita juga dpt dijimatkan. sekaligus semua skali~

10. Cas bateri mengikut masa 
Kalau sekali cas mengambil masa 2 jam, setkan masa anda. Jangan terlalu lama cas, kerana ini boleh rosakkan juga peralatan tersebut.

Banyak cara untuk jimatkan elektrik~ sebaiknya cuba amalkan cara ini. Saya pun tak termampu untuk ikut cara ini tetapi saya tetap mahu kongsi maklumat ini kepada rakan² blog~

Sumber maklumat : Jom Jimat

No comments:

Post a Comment