WELCOME!

Welcome to This is Farhana's Blog!
Hi!
I'm Farhana, a librarian who currently staying in Malacca.All entries are entirely from my observation and my understanding. Do give me your comments. I hope your comments will encourage me in blog writing. Thank you ^_^

Follow Me

Thursday, May 10, 2012

Aurora

Pernah dengar "aurora"? Yup, lagu kumpulan Estranged. Tapi bagaimana dengan Aurora yang sebenar?
belum? Itulah yg saya nak perkatakan
 

NORTHERN LIGHTS: A solar wind stream hit Earth's magnetic field during the late hours of May 8th, stirring geomagnetic activity and auroras at high latitudes. Zoltan Kenwell photographed the display from a dark-sky site 120km northeast of Edmonton, Alberta:

Subhanallah.. cantiknya~



Komen Jurugambar: 
"The frogs by the lake were deafening!" says Kenwell. "The show began very slowly around 10:00pm MST and was done around 1:00am MST. Temperatures of +12 deg C made for a very enjoyable night while taking in a splendid display."
Apa itu Aurora?
  1. Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub. 
  2. Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" (atau "aurora polaris"). 
  3. Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis (IPA /ɔˈɹɔɹə bɔɹiˈælɪs/), yang dinamakan bersempena Dewi Fajar Rom, Aurora, dan nama Greek untuk angin utara, Boreas. 
  4. Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut. 
  5. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. 
  6. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.
Aurora Borealis
Aurora Kuenzli
Aurora Nicklen

Aurora di Musytari

Aurora Borealis I
Aurora Australis
Aurora Nothern I
Aurora Borealis

Cantik-cantikkan gambar aurora di atas ini? Sungguh cantik dan indah ciptaan Allah SWT.
Tak dapat dibuat oleh manusia. Manusia hanya tahu edit gambar di Photoshop sahaja


Lagi Info Mengenai Aurora
  1. Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. 
  2. Cahaya akan terhasil apabila elektron ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol--garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm. 
  3. Kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang (dengan ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora. 
  4. Banyak garis lain turut dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas, mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.
    Aurora juga dapat diperhatikan dalam cahaya ultraungu (cahaya UV), satu cara yang bagus untuk melihat dari angkasa (tapi tidak dari bumi--atmosfera menyerap cahaya UV). 
  5. Kapal angkasa Polar malah memerhatikannya dalam X-ray. Imej yang diperolehi amat kasar, namun kerpasan elektron bertenaga tinggi dapat dikenal pasti.
Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu

No comments:

Post a Comment