WELCOME!

Welcome to This is Farhana's Blog!
Hi!
I'm Farhana, a librarian who currently staying in Malacca.All entries are entirely from my observation and my understanding. Do give me your comments. I hope your comments will encourage me in blog writing. Thank you ^_^

Follow Me

Thursday, June 14, 2012

Kerana pokok bemban, aku ke Kelantan

Macam sedap pula tajuk entri kali ini walaupun lawatan ke Kelantaan teramatlah banyak pancarobanya.

Satu situasi telah berlaku pada suatu petang Hari Rabu yang nyaman..angin bertiup dalam keadaan sepoi-sepoi bahasa di mana hujan pun tidak, ribut pun lagilah tiada.
Ia berlaku ketika staf KK Selandar sedang leka mencabut rumput & lalang yang terdapat dalam polimer bag di Nurseri 1Malaysia Landskap KKSL.

Di saat aku kusyuk membuat kerja mencabut..tiba-tiba pengarah berkata padaku.

  • Pengarah: Intan, Nanti pergi Kelantan, Kamu carikan anak benih pokok Bemban.
  • Aku:  Jauhnya nak beli pokok Bemban. Bemban(sebuah tempat di Jasin) kan dekat aje dari sini?
  • [time ni, semua staf yang ada kat situ serta-merta gelakkan aku!.. damn!]
  • Pengarah: Ish budak ni, nampak sangat tak kenal pokok Bemban. Pegi cari bahan kat perpustakaan!
  • Aku: [Erkk.. *lalu berfikir* buku kat lib aku tu outdated kot?] Ok bos, saya cuba cari anak pokok Bemban tu.
  • Pengarah: Haa, macam tulaa. ingat pergi Kelantan beli kain aje ke?
  • Aku: saya nak beli Serunding tupun mak saya yang kirim.. 

Pengarah dah malas nak layan aku, lalu dia pergi mencangkul pokok mangga, hadehlaaaaa
Tapi memang betul pun, kat Kelantan aku memang tak jumpa pokok bemban. Yang jumpa kain, periuk, buah-buahan, serunding etc etc tu adalah.
Jadi, disebabkan malas memikirkan bebanan pasal pokok bemban tu, aku teruskan niat shopping n shopping n shopping sampai tinggal Rm10 aje. ngahahaha
no more shopping feast for me until mid of July!

2 comments: