Loch Ard Gorge |
Loch Ard Gorge merupakan sebahagian daripada Taman Negara Port Campbell, Victoria, Australia. Kira-kira 10 minit memandu dari selatan The Twelve Apostles. Ia adalah contoh proses erosi yang aktif.
Sejarah
Gorge atau gaung dalam bahasa Melayu ini memperoleh namanya apabila sebuah kapal pelayaran yang besar bernama Loch Ard telah karam berhampiran Pulau Muttonbird pada 1 Jun 1878 setelah belayar hampir tiga bulan dari England ke Melbourne.
Kapal Loch Ard membawa 54 orang penumpang dan krew kapal, namun hanya 2 orang sahaja yang terselamat. Mangsa yang terselamat ialah Tom Pearce, 15 tahun seorang pelatih kapal dan Eva Carmichael, 17 tahun; seorang wanita Irish yang datang untuk menetap di Melbourne.
Bagaimana untuk ke sana
Untuk ke Loch Ard Gorge, pengunjung boleh memandu melalui Great Ocean Road. Ia terletak beberapa kilometer selepas Twelve Apostles. Terdapat tangga untuk memudahkan pengunjung turun ke pantai (jika tiada tangga, ia tidak dijajahi lagi). Terdapat kawasan rehat dan juga tanah perkuburan penduduk setempat.
Gaung ini telah menjadi lokasi penggambaran banyak babak. Antaranya filem The Pirate Movie (1982) dan juga siri televisyen Journey to the Center of the Earth (1999) lakonan Treat William.
Terdapat satu spesis burung yang unik, Rufous Bristlebird (Dasyornis broadbenti) sering kelihatan terbang mengelilingi gaung tersebut.
Kredit: Sumber
Penulis di Loch Ard Gorge 17-3-2014 |
No comments:
Post a Comment