WELCOME!

Welcome to This is Farhana's Blog!
Hi!
I'm Farhana, a librarian who currently staying in Malacca.All entries are entirely from my observation and my understanding. Do give me your comments. I hope your comments will encourage me in blog writing. Thank you ^_^

Follow Me

Tuesday, December 27, 2011

Sajak: Kanda Oh Kanda

Oh Kanda...
Walaupun kritikan manusia begitu sekali,
Namun dalammu lembut bersopan,
Ibarat integriti diri setinggi KLCC,
Menempuh bersama pelbagai dugaan.

Senyummu manis penuh bermakna,
Ibarat menanggung beban terseksa,
Rupamu tak seberapa namun bau menusuk harum,
Mampu membuat mak mertua tersenyum.

Tapi kenapa..
Di kala Dinda ingin bersamamu,
Pelbagai rintangan pasti berlaku,
Adakah ingin menguji hatiku?
Supaya setia padamu?

Tidak Kanda.. Tidak!
Dinda takkan sesekali curang pada Kanda,
Sejak pertama berjumpamu, Hatiku...
Hatiku sudah terpaut pada Kanda,
Adakah Kanda mengerti isi hati Dindamu?

Kanda,
Pertemuan kita ibarat PJJ,
Dinda di sini, Kanda di sana,
Dinda di Jasin, Kanda di PJ!
Bilakah kita akan berjumpa?

Wahai Kanda, Dinda berjanji,
Akan mencari Kanda lagi,
Dinda takkan berputus hati,
Harap kali ini, kejayaankan pasti,
Demi Kanda yang Dinda kasihi.

Oh Kandaku Durian...
Akan Dinda suka padamu hingga ke sekian.
Seandainya Pakcik durian menjualmu lagi,
Dinda akan borong kanda barangkalian.

Hasil Nukilan: Farhana Arshad 27/12/2011

-----------------------------------------------------------------------------------
Mode: Sudah tersangat taksub untuk makan durian dah ni! haaaaaa~ T_T

2 comments:

  1. Alamak........buat orang rasa nak habiskan je durian dlm peti es tu...kuatla bau durian...buah dan air2 lain pun dah jedi bau durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila bukan musim durian, time tu lah nak makan durian.. :(

      Delete