WELCOME!

Welcome to This is Farhana's Blog!
Hi!
I'm Farhana, a librarian who currently staying in Malacca.All entries are entirely from my observation and my understanding. Do give me your comments. I hope your comments will encourage me in blog writing. Thank you ^_^

Follow Me

Tuesday, February 07, 2012

12 Hotel Terbesar Di Dunia

Adakah anda seorang yang kuat berjalan? Di sini ada sedikit informasi mengenai 10 hotel yg terbesar di dunia berdasarkan jumlah bilik

12. Bellagio, Las Vegas (3993 buah bilik)
Persembahan air pancut di hadapan hotel



Terkenal dengan pancuran air pancutnya, Hotel Bellagio ini terletak di Las Vegas adalah hotel ke 12 terbesar di dunia. Hotel bercirikan Itali ini mempunyai 3993 buah bilik telah memenangi anugerah Cirque du Soleil stage show dan Conservatory with a Botanical Garden. Anugerah-anugerah ini termasuk lima berlian dari AAA dan Mobile Five-Star Award.




11. Aria Resort dan Casino, Las Vegas (4004 buah bilik)
Hotel ini cantik
Bangunan beserta hotel pencakar langit berdinding tingkap kaca ini bernama Aria Resort & Casino, Las Vegas adalah hotel ke 11 terbesar di dunia mempunyai 4004 bilik. Antara hotel terbaru di Las Vegas mula beroperasi pada September 2010, mempunyai 4 ballrooms, 38 bilik mesyuarat, Dinding kaca pandang telus ke kolam renang dan sistem automatik yang membenarkan tetamu mengawal suhu bilik dan keadaan persekitaran dalam bilik mereka dengan swipe kad bilik.



10. Excalibur Hotel and Casino, Las Vegas (4008 buah bilik)
Seperti istana kayangan
Excalibur Hotel and Casino, Las Vegas berkonsepkan zaman pertengahan adalah hotel ke 10 terbesar di dunia mempunyai 4008 bilik, sebuah 
wedding chapel manakala bahagian bangunan bertemakan istana zaman dahulu. Ia merangkumi kolam renang, restoran dan pusat membeli-belah terletak di tingkat dua.





9. Ambassador City Jomtien, Thailand (4219 buah bilik)
Hotel terbesar di Thailand
Tersergam megah menghadap teluk, hotel Ambassador City Jomtien adalah hotel ke 9 terbesar di dunia. Hotel ini mempunyai 5 bangunan di mana setiap bangunan mempunyai antara 150-2000 bilik dengan jumlah semua sekali 4219 bilik. Hotel ini juga mempunyai 8 restoran, bar, kelab malam, gym kesihatan dan kolam renang yang terbesar di Asia.








8. Mandalay Bay/THEhotel, Las Vegas (4332 buah bilik)
Shark Reef
Mandalay Bay/THEhotel Resort adalah hotel ke 8 terbesar di dunia. Menyediakan lebih 4332 buah bilik, hotel ini adalah sebuah hotel yang mewah di Las Vegas Strip di Paradise, Nevada. Ia bertemakan tropikal, hotel ini satu-satunya hotel yang menyediakan akuarium air laut mengandungi tangki ke 3 terbesar di US, iaitu Lubuk Jerung (the shark reef) yang menjadi pilihan pengunjung.
7. Luxor, Las Vegas (4408 buah bilik)
Sphinx tersergam indah di hadapan Luxor
Hotel Luxor yang terletak di Las Vegas adalah hotel ke 7 terbesar di dunia. Hotel ini bercirikan rekaan bangunan pelik seakan piramid dan Sphinx mempunyai 4408 bilik terletak di Paradise, Nevada. Ia merangkumi 440 suite, Rekaan dalaman berbentuk menara piramid berserta menara ziggurat berkembar setinggi 22 tingkat. Destinasi penggemar kasino yg terkenal di Las Vegas.





6. Wynn Las Vegas/Encore Las Vegas (4734 buah bilik)

Dari kiri: Hotel Encore & Hotel Wynn

Wynn Las Vegas/Encore Las Vegas terletak di Paradise, Nevada Las Vegas adalah hotel ke 6 terbesar di dunia telah memenangi banyak anugerah dan pengiktirafan dunia. Hotel-hotel ini adalah kepunyaanWynn Resorts Limited dan dinamakan sempena penaungnya, Steve Wynn. Hotel Wynn dibuka pada 28 April 2005 manakala HotelEncore dibuka pada 22 Disember 2008.Mempunyai 4734 buah bilik di dalam 2 buah menara di setiap hotel. Diiktiraf antara hotel terbaik di dunia.




5. Sands Cotai Central, Cotai Strip, Macau (6000 bilik)


Hotel Sands Cotai Central ini terletak di Macau. Pada Aug 2011, syarikat Cotai mengumumkan bahawa 2 lot bangunan bernilai $ 4 billion akan dibangunkan menjadi sebuah pusat peranginan. Hotel ini masih lagi dalam pembinaan dan dijangka beroperasi pada musim luruh 2012. Hotel ini mempunyai 6000 bilik dan suite dari Hotel Conrad, Sheraton, Menara Sheraton dan Holiday Inn, 2 kasino, dan deretan kedai dan restoran.



4. First World Hotel, Genting Highlands, Malaysia (6118 bilik)
Saya pernah ke hotel ini. :D


Hotel First World, Genting Highlands ini terletak di Malaysia. Diuruskan oleh First World Hotel & Resorts Sdn Bhd, adalah hotel ke 4 terbesar di dunia. Mempunyai 2 buah menara setinggi 28 tingkat, 6118 buah bilik dan merupakan salah satu hotel selain Genting Hotel, Hotel Theme Park, Highlands Hotel dan Resort Hotel. Jika dirangkumkan, ia adalah hotel yang terbesar di dunia!






3. MGM Grand Las Vegas (6582 buah bilik)
Limpahan cahaya yang menarik
Hotel MGM Grand Las Vegas terletak di Paradise, Nevada Las Vegas. Hotel ini adalah hotel ke 3 terbesar di dunia dan terbesar di Amerika Syarikat. Hotel dimiliki dan diuruskan oleh MGM Resorts International ini mula beroperasi pada 1993 mempunyai bangunan 30 tingkat, 6582 buah bilik, 5 buah kolam renang, sungai dan air terjun, pusat dagangan (convention centre), MGM Grand Garden Arena, CBS Television City,  rangkaian kedai dan kelab malam, 19 buah restoran serta Grand Spa.

2. The Venetian & The Palazzo (7117 buah bilik)
 Hotel The Venetian & The Palazzo ini terletak di Las Vegas (Banyak sungguh hotel kat Las Vegas nih!) mempunyai 7117 buah bilik. Terletak bersebelahan dengan Hotel Wynn setinggi 40 tingkat ini mempunyai kemudahan kolam renang, kasino, Hotel ini banyak memenangi anugerah dalam bidang perhotelan.






dan hotel yang Terbesar di dunia adalah.......... (drum rolls please)



1. Izmailovo Hotel, Moscow Russia (7500 buah bilik)
Izmailovo Hotel
Inilah hotel terbesar di dunia iaitu Hotel Izmailovo terletak di Russia. Hotel ini dibina di atas tapak bersejarah Izmailovo. Mempunyai 7500 buah bilik, hotel ini mula beroperasi pada 1979.












Sumber: Wiki, Google Search.

No comments:

Post a Comment